Hi! Saya Nur Aina Shafira. Saya lahir di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) dan tinggal di Ampang KL sejak kecil sehingga kini. Saya mendapat pendidikan awal di Tadika Twinkle Star iaitu tidak jauh dari rumah. Kemudian saya bersekolah di Pra-sekolah SK Pandan Perdana dan menamatkan darjah 6 saya di SK Pandan Perdana. Semasa tingkatan 1 hingga 3, saya mendapat pengajian di SMK Pandan Jaya dan menamatkan tingkatan 5 di SMK Pandan Indah.
Alhamdulillah, keputusan SPM saya telah menempatkan saya di Kolej Matrikulasi Selangor (KMS) dan mengambil Modul 2 iaitu aliran sains dan sains komputer. Di KMS, saya banyak belajar tentang cara menguruskan diri sendiri dan berdikari kerana ia merupakan kali pertama saya berjauhan dengan keluarga. Pada mulanya, saya sangat sedih dan rasa tidak mampu untuk berjauhan dengan keluarga. Mungkin kerana saya merupakan anak bongsu hehe. Alhamdulillah saya telah berjaya menamatkan pengajian saya di KMS dan menyambung sarjana muda di Universiti Kebangsaan Malaysia. Anda juga boleh menghubungi saya di: |